أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Semoga pembaca blog ini sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah....

ADUHAI HATI..

ADUHAI HATI..

Wednesday, September 30, 2009

PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi
Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah

WARKAH BUAT HAWA......

Hawa...
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa...
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa...
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.


Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Tuesday, September 29, 2009

Rintihan seorang hamba......

YA ALLAH YA TUHANKU......
aku hanya hambamu yang lemah,
yang sentiasa melakukan kesilapan,
yang memerlukan keampunan daripamu Ya Alllah,
hambamu insan yang sangat hina disisimu,
YA ALLAH...........
ampunilah dosa hambamu yang lemah ini,
engkau bagi lah hambamu hidayah dan petunjukmu,
untuk hambamu terus mendapat kerehdaan daripadamu Ya ALLAH,
terimalah taubat hambamu ini,
YA RAHMAN...........
sesungguhnya engkau maha pengasih,
hambamu yang kerdil ini bermohon kepadamu YA ALLAH,
engkau bagilah hambamu kesempatan untuk membaiki kesilapan diriku ini,
tunjuki hambamu di jalan yang benar YA ALLAH
YA RAHMAN..............
hambamu bersyukur kepadamu ya Allah,
keranamu hambamu ini masih diberi nikmat Iman dan Islam,
tiada tempat lain untuk insan yang hina ini untuk meluahkan rintihan hati
selain kepadamu Ya AllaH
YA RAHIM...............
aku mengetahui bahawa engkau maha penyayang,
aku sangat menagih simpatimu Ya ALLAH,
bagila aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini,
mudahan hambamu ini tabah menghadapi dugaan dalam hidup ini
sebenarnya hambamu ini tidak berdaya untuk menghadapi dugaan ini
TETAPI hambamu ini tetap gagah menghadapi dugaan darimu YA ALLAH
untuk mencari keredhaan dan keampunan daripadamu YA RABBI....
YA ALLAH..................
bagilah hambamu ini Kekutan untuk menegakkan agama mu YA RABBI,
dengan kekuatan daripadamu hambamu ini dapat menegakkan syiar Islam,
demi menjaga agamamu YA ALLAH
hambamu ini ingin sama-sama memperjuangkan agama mu
demi mendapat mardhatillah daripadamu YA RABBI....
SEMOGA DENGAN NIAT YANG BETUL DAN IKHLAS DAPAT MEMBENTUK DIRI HAMBAMU INI MENJADI INSAN YANG SENTIASA MENDAPAT RAHMAT DARIPADAMU YA RABBI.....................

Biodata Nabi Junjungan kita....

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlahsikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambutkelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiranpaderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebihmengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologihidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH SAW
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajahAbrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenaliHalimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN·
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya,Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentangpengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberipertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untukmeminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMakkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi. ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW§ Khadijah Binti Khuwailid.§ Saudah Binti Zam'ah. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab). Ummi Habibah Binti Abu Sufyan. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah). Zainab Binti Jahsy. Maimunah Binti Harith. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra
'ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah
2. Hamzah
3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah
2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
3. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
4. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
5. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah
5. Al-Abbas
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10.Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah
14. Arwa
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) Sempat masuk Islam. Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga."
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yangpada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslamandan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:-
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasamarah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan aslidi bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat danputih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuransederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramaibaginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. sama-sama lah kita renung bersama agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

Thursday, September 17, 2009

ISTIGHFAR....

Makna Istighfar menurut Imam Ali bin Abi ThalibBerkata seseorang di hadapan Imam Ali bin Abi Thalib as: "Astaghfirullah"Maka imam ali berkata kepada orang tersebut : "Apakah engkau tahu artiistighfar? Istighfar adalah derajatnya orang-orang yang dekat dengan Allah.Dan ketahuilah bahwa istighfar itu suatu nama yang mengandung / mempunyai 6arti yaitu:
1. Menyesali atas apa-apa yang telah terjadi di masa lampau.
2. Bertekad untuk meninggalkan kembalinya perbuatan itu selamanya.
3. Supaya engkau memberikan kepada semua manusia hak-hak mereka sehinggaengkau menemui Allah, tidak ada yang mengikutimu dari hak-hak itu.
4. Supaya engkau mengerjakan setiap kewajiban yang engkau telah tinggalkandan engkau tunaikan hak-haknya.
5. Daging-daging yang tumbuh dari hasil pencarian yang haram, engkaubasahkan dengan kesedihan, sehingga melekat/menempel kulit dengantulang dan tumbuh di antaranya setelah itu dengan daging yang baru.
6. Supaya engkau merasakan badan yang sakit karena mengerjakan taat, sepertiengkau merasakan manisnya maksiat. Dan setelah itu, ujar Ali , barulah engkau mengucap"Astaghfirullah".Berkata Imam muhammad Al-baqir:"Di bumi ini ada dua bahagian yang selamat dari seksa Allah. Salah satunya telah diangkat oleh Allah dan tinggallah bahagian yang lain, maka berpegang teguhlah dengan yanglain itu. Ketahuilah bahwa bahagian yang telah di angkat oleh Allah adalahRasulullah SAW dan yang lainnya ialah Istighfar."Allah berfirman dalam surat Al-Anfal ayat 33"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (Muhammad)berada di antara mereka. Dan tidak pula Allah akan mengazab mereka yang sedangmeminta ampun".

RENUNGAN BERSAMA...

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Ia membenci tiga perkara bagi kamu. Ia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Ia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.” H.R MUSLIM

Kenangan menjadi Calon FSSK

Kenangan menjadi Calon FSSK