أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Semoga pembaca blog ini sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah....

ADUHAI HATI..

ADUHAI HATI..

Monday, November 2, 2009

SALAM IMTIHAN...


orang-orang mukmin akan mencapai kejayaan walupun mereka lemah dari segi kebendaan, jika iman mereka teguh....mereka yang lemah iman akan kalah walaupun mereka kuat dari segi lahiriah dan kebendaan..justeru itu ,iman ialah senjata paling kuat untuk menghadapi perjuangan hidup... saya ucapakan kepada semua sahabat dan sahabiah yang berada dalam satu perjuangan yang bermatlamatkan mencari ilmu sampai keakhir hayat demi mendapat MARDHATILLAH.......dengan ucapan SELAMAT MENEMPUH FINAL EXAM....banyakkan berdoa kepada Allah & semoga diberi kejayan olehnya....AMINNNN...InsyaAllah kullukum najah fi imtihan ad-dunnia wal akhirah....SALAM PERJUANGAN.....

Sunday, November 1, 2009

TANDA KEKUASAAN ALLAH




GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.




MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestandan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.". Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi


Selamat membaca di bawah ini.

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova. Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestanmenjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan , wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

YA ALLAH sesungguhnya engkau maha berkuasa,maha agung,...pertama kali saya membaca berita berkaitan dengan ayat yang ada pada kulit bayi, saya mengucap panjang dan terus memuji Allah..Subhanallah...Subhanallah...Subhanallah...waktu tu Allah sahaja tahu betapa sayunya hatiku ini,tidakku sedar linangan air mata mengalir...susah untuk saya ungkapkan perasaan waktu tu...apa yang berlaku ini kita hendaklah ambil jadikan ikhtibar pada diri kita sendiri...mudahan masih sempat lagi untuk diri memohon taubat daripada ALLAH.....

Terasa besarnya tanggungjawab dan tugas kita sebagai seorang muslim untuk amar ma'ruf nahi mungkar..tetapi kita perlulah berganding bahu untuk memperjuangkan agama Allah. mudahan dengan keajaiban yang berlaku di bumi yang indah ini,kita jadikan pengajaran untuk kita terus sentiasa dekat dengan Allah.....saya juga turut memperingatkan pada diri saya sendiri...Marilah kita sama-sama memberi peringatan dan nasihat kepada sahabat,keluarga dan orang yang paling baik dengan kita. kita sebagai khalifah dimuka bumi ini adalah sebagai pendakwah. Kewajipan berdakwah untuk menyampaikan risalah yang dirintis oleh Nabi Muhammad SAW kini terbeban ke atas bahu setiap Muslim.


Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Sampaikanlah dariku walau satu ayat”.


Meninjau kepentingan isi kandungan risalah yang dibawa oleh Rasulullah yang berupa wahyu daripada Allah SWT, sudah tentu kerja-kerja menyampaikannya memerlukan seorang da’ie yang terpilih. Kepentingan meneruskan dakwah Nabi SAW ini dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud:


“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah (kelak akan menjadi) orang-orang yang beruntung”.
(Ali Imran : 104)

ayat ini telah jelas kepada kita orang muslim untuk nasihat menasihati supaya umat islam ini tidak lalai dan leka dengan tempat persinggahan kita yang sementara ini...

JADIKAN SETIAP APA YANG BERLAKU SEBAGAI PERINGATAN PADA DIRI KITA SENDIRI UNTUK KITA MENJADI INSAN YANG TERBAIK DI SISI ALLAH...AMINNN

"AGAMA ITU ADALAH NASIHAT"




Monday, October 26, 2009

DI PAGI YANG INDAH...


WAJAH-WAJAH SERIKANDI ISLAM...:)
Pertama sekali ingin ana mengucap Alhamdulillah kerana Allah masih memberi ana nikmat IMAN dan ISLAM pada diri ana dan muslim serta muslimat semua...sudah lama ana tidak edit blog nie kerana ana boleh dikatakan busy la juga..tp ari nie ana berpeluang untuk ana meluangkan sedikit masa untuk blog ana nie...03/10 ni ana strt exam subjek pemikiran strategik dan inovatif tapi ana nie bru stdy sikit...xpe2 masa ada lagi tuk stdy..cayook!!!!! tapi ana nie nmpk cool je tp dalam ati Allah je tahu betapa risaunye nk exam..tp xpe InsyaAllah ana akan stdy bek2 doakan yang terbek yea tuk ana....tu baru muqaddimah...
sebenarnya ana nk citer pagi tadi...ana n sahabiah-sahabiah telah mengadakan riadah nisa' bersama-sama adik2 sem satu, saje2 nk eratkan lgi ukhwah antara akk2 n adik2 sem satu ni....mlm sblm tu, kami akk2 yg bersemangat waja ni msj adik2 sem satu ajak join turun riadah...semangat juga adik2 ni dgn akk2....janji turun tuk riadah kt court bola jaring kul 6.45 am tp ana turun lwt sb ada musyaqqah sikit he3....ana turun kul 7.15am tgk sahabiah2 ana n adik2 ni smgt tgh bersenam, sempat la ana wat senaman sikit2...he3selepas siap senaman kami akk2 wat sesi ta'aruf dengan adik2 sem satu ni... sesi ta'aruf ni la penting untuk kita mengukuhkan atau menguatkan lagi ukhwah antara satu sama lain...semasa sesi ta'aruf kami rasa mcm dah lama kenal antara satu sama lain sebab semua yg hadir pagi tu semua orang yang ceria n peramah....dengan gelak ketawa dan gurau senda bertambah lagi jalinan ukhwah yang terbina walaupun kami baru je berkenal-kenalan pagi tu... mudahan dengan tautan ukhwah yang dibina walupun sekejap akan dirahmatai n dilindungi oleh yang MAHA ESA...AMIN.....ana sertakan sekali gambar2 kami pgi tu sebagai kenangan bersama...






Kenangan menjadi Calon FSSK

Kenangan menjadi Calon FSSK