أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Semoga pembaca blog ini sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah....

ADUHAI HATI..

ADUHAI HATI..

Monday, October 26, 2009

DI PAGI YANG INDAH...


WAJAH-WAJAH SERIKANDI ISLAM...:)
Pertama sekali ingin ana mengucap Alhamdulillah kerana Allah masih memberi ana nikmat IMAN dan ISLAM pada diri ana dan muslim serta muslimat semua...sudah lama ana tidak edit blog nie kerana ana boleh dikatakan busy la juga..tp ari nie ana berpeluang untuk ana meluangkan sedikit masa untuk blog ana nie...03/10 ni ana strt exam subjek pemikiran strategik dan inovatif tapi ana nie bru stdy sikit...xpe2 masa ada lagi tuk stdy..cayook!!!!! tapi ana nie nmpk cool je tp dalam ati Allah je tahu betapa risaunye nk exam..tp xpe InsyaAllah ana akan stdy bek2 doakan yang terbek yea tuk ana....tu baru muqaddimah...
sebenarnya ana nk citer pagi tadi...ana n sahabiah-sahabiah telah mengadakan riadah nisa' bersama-sama adik2 sem satu, saje2 nk eratkan lgi ukhwah antara akk2 n adik2 sem satu ni....mlm sblm tu, kami akk2 yg bersemangat waja ni msj adik2 sem satu ajak join turun riadah...semangat juga adik2 ni dgn akk2....janji turun tuk riadah kt court bola jaring kul 6.45 am tp ana turun lwt sb ada musyaqqah sikit he3....ana turun kul 7.15am tgk sahabiah2 ana n adik2 ni smgt tgh bersenam, sempat la ana wat senaman sikit2...he3selepas siap senaman kami akk2 wat sesi ta'aruf dengan adik2 sem satu ni... sesi ta'aruf ni la penting untuk kita mengukuhkan atau menguatkan lagi ukhwah antara satu sama lain...semasa sesi ta'aruf kami rasa mcm dah lama kenal antara satu sama lain sebab semua yg hadir pagi tu semua orang yang ceria n peramah....dengan gelak ketawa dan gurau senda bertambah lagi jalinan ukhwah yang terbina walaupun kami baru je berkenal-kenalan pagi tu... mudahan dengan tautan ukhwah yang dibina walupun sekejap akan dirahmatai n dilindungi oleh yang MAHA ESA...AMIN.....ana sertakan sekali gambar2 kami pgi tu sebagai kenangan bersama...






Friday, October 2, 2009

Mujahidah Islam...

Susuri sejarah keagungan serikandi-serikandi Islam...Bermula dengan ibunda seluruh manusia Sayyidah Hawwa’ iman mereka mula mekar seharum kuntuman bunga mawar, menantikan renjisan kasih Ilahi untuk mengisi taman syurgawi.
Bermula dengan ibunda seluruh manusia Sayyidah Hawwa’ iman mereka mula mekar seharum kuntuman bunga mawar, menantikan renjisan kasih Ilahi untuk mengisi taman syurgawi. Bonda kepada Habil dan Qabil, serta Nabi Allah Shith a.s. ini berkorban segalanya demi perjuangan suaminya Adam a.s. Sayyidah Hawwa’ menyaksikan kisah sedih pengorbanan anaknya sendiri Habil yang mati dibunuh oleh saudara sendiri. Naluri keibuannya tidak dapat mengatasi keteguhan imannya kepada Allah swt walau pun anak-anaknya berbunuhan sesama sendiri.
Warisan keimanan ini diturunkan pula kepada wanita tukang sisir rambut anak Fir’aun; Mashitah. Seluruh keluarganya terkorban syahid di hadapan mata sendiri dan bayi di dalam dakapannya dikurniakan Allah keistimewaan bertutur. Ketenangan hati Mashitah melihat bayinya dicampakkan ke dalam kawah berisi minyak panas tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ibu pun. Harum jenazahnya lantaran tempias imannya yang kental telah dipersaksikan di dalam peristiwa agung Israk dan Mi’raj ketika mana Nabi saw dibawa melintasi maqam as-Syahidah Mashitah.
Salasilah keimanan itu diteruskan pula apabila muncul seorang ibu yang sanggup ditinggalkan suami di tengah terik panas matahari lembah Bakkah bersama-sama anaknya yang tercinta. Sayyidah Hajar, bonda kepada nabi Allah Ismail a.s menyaksikan pengorbanan suaminya dan anaknya sendiri demi menjalankan perintah Allah yang disampaikan melalui mimpi sahaja. Hati ibu mana yang tidak hancur apabila anak yang dipelihara sehingga dewasa terpaksa pula dikorbankan. Namun keimanannya telah mencantumkan semula kepingan-kepingan hati itu dan menyuburkannya dengan ketenangan. Sejahteralah wahai Sayyidah Hajar atas pengorbananmu berlari antara Safa dan Marwa sehingga hari akhirat.
Wanita agung seterusnya muncul di zaman pemuda paling tampan diciptakan Allah swt. Sayyidah Zulaikha walaupun beliau terpesona dengan nafsu, keteguhan imannya telah membangkitkan semula maruahnya sehingga berada sebaris bersama-sama mujahidah yang lain. Wanita mulia ini telah ditakdirkan untuk menghadap Allah swt ketika khusyuknya dia menyembah Rabbul Izzati.
Maryam binti Imran. Gadis sunti keluarga Imran ini telah menggegarkan dunia dengan kelahiran anaknya tanpa berbapa. Nabi Allah Isa as dilahirkan dengan penuh kasih sayang dan dipelihara dengan penuh adab dan sopan. Walau pun menerima cercaan masyarakat, ibu mulia ini tetap teguh berpegang dengan imannya kepada Allah. Selain bayi Mashitah, bayi Maryam binti Imran jua diistimewakan dengan kebolehan bertutur semasa kecil. Kisahnya terpahat utuh di dalam lembaran al-Quran buat tatapan umat manusia. Setelah berkorban segalanya untuk perjuangan anak tercinta, akhirnya dia dijemput jua menemui Penciptanya ketika sedang beradu.
Warisan keimanan itu akhir tercurah kepada serikandi pertama Islam Sayyidatina Khadijah binti Khuwailid. Dialah ibu kepada anakanda-anakanda Nabi Akhir Zaman saw. Dialah wanita pertama yang menyatakan keimanannya kepada Allah tika suaminya menyeru umat Quraisy kepada agama baru itu. Pengorbanannya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun hatta Nabi seringkali teringatkan kekasih pertamanya itu. Dialah wanita yang menenangkan nabi Muhammad saw ketika Jibril as datang menyampaikan wahyu pertama. Dialah yang pertama meyerahkan hartanya untuk perjuangan Islam. Dan pemergiannya ke alam baqa ditangisi seluruh umat Islam sehingga kini.Bergelar “Wanita Pertama Syahid Di Dalam Islam”, Sumayyah menerima penderitaan yang paling dahsyat untuk mempertahankan imannya. Lembing yang tajam menghunus telah memutuskan hayat wanita agung ini. Ammar bin Yasir, anaknya tercinta menatap penuh hiba pemergian ibunya ke alam abadi. Sumayyah telah meninggalkan contoh pengorbanan seorang wanita yang tiada tolok bandingnya seperti Syahidah Mashitah di zaman Musa as.
Sanggup berkorban nyawa dan meredah kegelapan malam ditambah pula dengan kesejukan pergunungan Thaur, beliau dengan tekad mendaki gunung Thaur dengan bekalan makanan terbeban di bahu. Kegigihan Asma’ binti Abu Bakr r.a. menjadi wanita solehah yang berjasa di dalam peristiwa Hijrah. Wanita mana yang sanggup meredah kegelapan malam ketika mana pemuka-pemuka Quraisy sedang giat mencari Nabi saw ketika itu. Wanita mana yang sanggup mendaki Bukit Thaur setinggi 2000 meter itu di tengah gelap malam tanpa peneman dengan bekalan yang sedia tersangkut di bahunya. Semuanya dilakukan oleh Asma’ kerana imanNya kepada Allah swt. Dialah yang bergelar “Pemilik 2 Tali Pinggang” kerana kain ikatan pinggangnya telah dikoyak dua untuk mengikat bekal makanan ke unta ayahanda dan Nabi saw sebelum mereka bergerak ke Madinah.
Adinda kepada Asma’ telah ditakdirkan menjadi wanita agung di zaman perjuangan Nabi saw. Dia menjadi contoh teladan seorang isteri yang mulia dan ummul mukminin yang agung. Sayyidatina Aishah binti Abu Bakr as-Siddiq. Nama yang harum sepanjang zaman. Kecantikan paras wajahnya telah disempurnakan dengan keindahan imannya. Isteri Nabi saw yang paling bertaqwa dan wara’ serta dalam ilmunya. Beliau menjadi rujukan para sahabat setelah pemergian Nabi saw. Kasihnya pada Nabi tiada tolok bandingan. Perjuangan dan pengorbanannya untuk Islam tiada tandingan. Wanita mulia bergelar “Ibu Orang-orang Yang Beriman”.
Beliau dijanjikan akan menjadi wanita pertama bertemu Nabi saw di syurga. Beliau adalah yang melihat perih jerih perjuangan Nabi saw dari awal sehingga wafatnya Nabi saw. Beliaulah yang paling dikasihi Nabi saw dari ahli keluarga Baginda. Beliaulah Sayyidah Fatimah az-Zahra’ binti Rasulullah saw. Puteri bongsu Nabi saw dan ibu kepada Sayyidina Hassan dan Hussein. Beliau merupakan isteri kepada Khalifah ar-Rasyidin keempat Sayyidina Ali karramallahu wajhah. Pengorbanan Fatimah dipersaksikan seluruh kaum muslimin dan menjadi teladan sepanjang zaman. Imannya tiada tandingan dan ilmunya tiada saingan.

10 Jenis Solat Yang Tidak Di Terima Oleh Allah S.W.T


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
"Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.
"Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Thursday, October 1, 2009

BICARA PAGI...

salam mahabbah....
Alhamdulillah dan bersyukur kepada yang maha Esa , pagi yang sejuk ini ana masih diberi kesempatan untuk meghidu udara segar. ana bersyukur juga di beri nikmat Iman dan Islam. ana saja nk cerita sikit2 tentang diri ana tentnag kejadian smlm . al-kisahnya begini......smlm kwn ana ada msj ana untuk ajak ana p jamuan hari raya kt kampus kebetulan ari khamis ( smlm) ana xde kelas semua kelas batal..ana pn pas solat zohor ana siap2 untuk g jamuan raya tu...baru je ana nak nek bus tiba2 enset ana berbunyi ada msj,ana pn baca la msj tu...msj tu berbunyi " salam kul 3ptg nie dtg bilik akk kita bncang pedagogi n usahawan...wktu tu ana nek juga bus, pastu ana bgth kwn ana yg nk p jamuan raya sama2 dengan ana, ana bgth " akk saya ada discus la ada akk..... tu msj ckp nk wat discus" ,kwn ana tnye nk p x jamuan? pastu ana jwb xpe la nk g discus je la ( dalam hati tuhan saja yang tahu nk p jamuan he3 ) tapi ada hikmahnyaaaa. ana pn turun la dari bus dgn malunya tp ana wt selamber je huhuhu...wkt tu baru kul 2.15pm ana terus menuju ke bilik dan sampai dibilik ana terus capai al-Quran untuk menghafaz sb ana xabis ngapal surah AL-Baqarah lgi. nk g tasmi' dgn ustaz.....sementara menunggu kul 3ptg ana terus menghafaz sampai la kul 3ptg ana bersiap2 tuk g umah kwn ana untuk menyelesaikan perkara yang lebih penting.....tu je yang ana nk cerita untuk berkongsi cerita...TAPI ada pengajaran tau dalam cerita ana ni yang pertama kita perlu lah korbankan perkara yang lebih penting...pastu befikiran bijak dalam membuat kptsan jangn ikut hawa nafsu tetapi ikut akal yang waras yang telah Allah kurniakan pada kita. klu ikut nafsu ana mesti nk g jamuan he2 tp sb ada akal yg sihat anak wat kptsan nk g discus sb asgmnt tu nk kene anta cpt......gunakan sebaik-baik akal yg diberikan kepada kita dengan sebijak-bijaknya kearah kebaikan....sentiasa mengingati Allah dalm ape jua keadaan.
RENUNGAN BERSAMA.....
ana teringt satu hadis berkaitan dengan mengingati Allah
yang berbunyi:
" dari Abu Abbas,Abdullah bin Abbas r.a : bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah s.a.w ( di atas binatang tunggangan) lalu sabda baginda : " wahai anak kecil ,sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan . Peliharalah( perintah) Allah, necsya dia akan pelihara kamu .Peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan dia berada besama-sama kamu.
panjang lagi hadis ini tapi ana ingt sampai kt sini ni,tp yang penting ialah kita sentiasa mengingati Allah. Allah adalah segalanya dalam hidup kita....SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUAN LAGI MAHA MENGASIHANI......
siap disediakan: kul 8.15 pgi...Jumaat

Kenangan menjadi Calon FSSK

Kenangan menjadi Calon FSSK