
Monday, November 2, 2009
SALAM IMTIHAN...

Sunday, November 1, 2009
TANDA KEKUASAAN ALLAH


MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestandan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.". Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi
Selamat membaca di bawah ini.
MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova. Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestanmenjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.
Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan , wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi
YA ALLAH sesungguhnya engkau maha berkuasa,maha agung,...pertama kali saya membaca berita berkaitan dengan ayat yang ada pada kulit bayi, saya mengucap panjang dan terus memuji Allah..Subhanallah...Subhanallah...Subhanallah...waktu tu Allah sahaja tahu betapa sayunya hatiku ini,tidakku sedar linangan air mata mengalir...susah untuk saya ungkapkan perasaan waktu tu...apa yang berlaku ini kita hendaklah ambil jadikan ikhtibar pada diri kita sendiri...mudahan masih sempat lagi untuk diri memohon taubat daripada ALLAH.....
Terasa besarnya tanggungjawab dan tugas kita sebagai seorang muslim untuk amar ma'ruf nahi mungkar..tetapi kita perlulah berganding bahu untuk memperjuangkan agama Allah. mudahan dengan keajaiban yang berlaku di bumi yang indah ini,kita jadikan pengajaran untuk kita terus sentiasa dekat dengan Allah.....saya juga turut memperingatkan pada diri saya sendiri...Marilah kita sama-sama memberi peringatan dan nasihat kepada sahabat,keluarga dan orang yang paling baik dengan kita. kita sebagai khalifah dimuka bumi ini adalah sebagai pendakwah. Kewajipan berdakwah untuk menyampaikan risalah yang dirintis oleh Nabi Muhammad SAW kini terbeban ke atas bahu setiap Muslim.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Sampaikanlah dariku walau satu ayat”.
Meninjau kepentingan isi kandungan risalah yang dibawa oleh Rasulullah yang berupa wahyu daripada Allah SWT, sudah tentu kerja-kerja menyampaikannya memerlukan seorang da’ie yang terpilih. Kepentingan meneruskan dakwah Nabi SAW ini dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah (kelak akan menjadi) orang-orang yang beruntung”.
(Ali Imran : 104)
ayat ini telah jelas kepada kita orang muslim untuk nasihat menasihati supaya umat islam ini tidak lalai dan leka dengan tempat persinggahan kita yang sementara ini...
JADIKAN SETIAP APA YANG BERLAKU SEBAGAI PERINGATAN PADA DIRI KITA SENDIRI UNTUK KITA MENJADI INSAN YANG TERBAIK DI SISI ALLAH...AMINNN
"AGAMA ITU ADALAH NASIHAT"
Monday, October 26, 2009
DI PAGI YANG INDAH...
Friday, October 2, 2009
Mujahidah Islam...
10 Jenis Solat Yang Tidak Di Terima Oleh Allah S.W.T

Thursday, October 1, 2009
BICARA PAGI...
Wednesday, September 30, 2009
PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi
Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah
WARKAH BUAT HAWA......
Tuesday, September 29, 2009
Rintihan seorang hamba......
Biodata Nabi Junjungan kita....
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yangpada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslamandan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Thursday, September 17, 2009
ISTIGHFAR....
1. Menyesali atas apa-apa yang telah terjadi di masa lampau.
2. Bertekad untuk meninggalkan kembalinya perbuatan itu selamanya.
3. Supaya engkau memberikan kepada semua manusia hak-hak mereka sehinggaengkau menemui Allah, tidak ada yang mengikutimu dari hak-hak itu.
4. Supaya engkau mengerjakan setiap kewajiban yang engkau telah tinggalkandan engkau tunaikan hak-haknya.
5. Daging-daging yang tumbuh dari hasil pencarian yang haram, engkaubasahkan dengan kesedihan, sehingga melekat/menempel kulit dengantulang dan tumbuh di antaranya setelah itu dengan daging yang baru.
6. Supaya engkau merasakan badan yang sakit karena mengerjakan taat, sepertiengkau merasakan manisnya maksiat. Dan setelah itu, ujar Ali , barulah engkau mengucap"Astaghfirullah".Berkata Imam muhammad Al-baqir:"Di bumi ini ada dua bahagian yang selamat dari seksa Allah. Salah satunya telah diangkat oleh Allah dan tinggallah bahagian yang lain, maka berpegang teguhlah dengan yanglain itu. Ketahuilah bahwa bahagian yang telah di angkat oleh Allah adalahRasulullah SAW dan yang lainnya ialah Istighfar."Allah berfirman dalam surat Al-Anfal ayat 33"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (Muhammad)berada di antara mereka. Dan tidak pula Allah akan mengazab mereka yang sedangmeminta ampun".
RENUNGAN BERSAMA...
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Ia membenci tiga perkara bagi kamu. Ia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Ia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.” H.R MUSLIM
Kenangan menjadi Calon FSSK
